Sunday, December 13, 2015

Oh Tuhan.. Hari ini aku gagal lagi

Ya Allah! Tuhan sekalian alam!
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau, Tuhan yang menguasai Barat dan Timur.
Tuhan yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.

Wahai Allah,
Hari ini, aku, hambaMu yang kerdil ini telah gagal lagi.
Hari ini, hambaMu ini telah memungkiri janjinya.
Janji untuk berhenti melakukan dosa itu.
Dosa yang keji, yang hitam, yang jijik malah lebih buruk lagi kerana dilakukan dalam keadaan rahsia.

Wahai Allah,
HambaMu ini memohon ampun dengan sepenuh penghambaan, atas kegagalanku untuk memenuhi janjiku padaMu!
Hamba sesal ya Allah!
Hamba gagal!
Hamba lupa pada Engkau, Tuhan yang Maha Berkuasa!

Wahai Allah,
Sungguh, aku malu.
Manusia memandangku dengan pandangan penuh kagum.
Mereka menganggapku sempurna.
Padahal sebenarnya, Engkaulah yang menutup segala keaibanku!
Jika bukan kerana Engkau, aku ini lebih hina. Jauh lebih keji berbanding mereka.

Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini.
Hamba gagal Ya Allah.
Hamba gagal untuk menjadi hambaMu yang baik.
Hamba gagal untuk meneruskan perjuangan ini.
Mengapa hamba begitu mudah mengikut kata-kata syaitannirrojim, yang jelas, adalah musuh nyata bagiku?



Ya Allah, hamba menyesal.
Hamba sesal dengan beribu sesalan.
Besar sekali dosaku, wahai Tuhan yang menghidupkan Cinta.
Ampunkan aku Ya Rabb.
Berikan hamba Mu ini peluang yang entah keberapa kalinya.
Peluang untuk benar benar berubah.
Ampunkan hambaMu ini.
Berikanlah hamba peluang.

Sungguh, untuk memohon ampun pada Engkau sudah cukup malu untuk aku melakukannya.
Aku malu dengan Engkau, Ya Rabb!
Aku malu dengan diriku sendiri, yang telah menipu diri sendiri.
Ya Allah ampunilah,
Kasihanilah.
Berikanlah hamba kekuatan, untuk melawan nafsuku sendiri.
Untuk melawan bisikan syaitan yang menggodaku.
Hilangkanlah ingatan ingatan jelik itu Ya Allah.
Buangkanlah.
Ampuni hamba, ampuni hamba.